Hubungi Bahagian Korporat SUK Selangor seperti berikut ...  Telefon: 03-55447172    Fax: 03-55447299, 55135569    E-mel: aduan@selangor.gov.my    STARS SMS: SEL <aduan anda> dan hantar ke 32728
Selamat Datang ke Portal STARS yang dikelolakan oleh Bhg. Korporat SUK Selangor. Portal ini berfungsi untuk menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. STARS membolehkan pengurusan dan pengumpulan maklumbalas rakyat di Selangor diuruskan secara elektronik sepenuhnya.
STARS Statistik »
      Pengumuman
Urusan pengaduan awam bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digantung buat sementara waktu berikutan masalah teknikal. Pengadu yang berhasrat untuk membuat aduan boleh berbuat demikian secara terus di laman web Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu www.mbpj.gov.my

      Maklumbalas Rakyat
AZMI DAMIH
0156/01/08
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS LAYANAN YANG AMAT BAIK DIBERIKAN OLEH KAKITANGAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH HULU LANGAT, BANDAR BARU BANGI TERUTAMANYA BAHAGIAN CARIAN TANAH DAN PELAN DI TINGKAT 1

TEE TIAM HUAT, Pelabuhan Klang melalui Akhbar Utusan Malaysia, Selasa 4 Mac 2008
0009/03/08
Kerani kemasukan kaveat begitu tenang dan sabar dengan kerenah pelanggan yang banyak mengajukan soalan dan tidak berpuas hati dengan urusan kemasukan kaveat ke atas hakmilik tanah beliau. Kerani tersebut meluangkan masa menjelaskan dengan baik dan lembut tentang kaveat berdasarkan Kanun Tanah Negara sehingga pelanggan tersebut betul-betul memahami kedudukan sebenarnya. Pelanggan tersebut mengucapkan tahniah kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor kerana mempunyai salah seorang kakitangan yang prihatin dalam bidang tugas dan memberi perkhidmatan yang begitu baik kepada pelanggan. Pelanggan tersebut juga berharap kakitangan wanita tersebut akan menjadi contoh yang baik kepada semua kakitangan perkhidmatan awam yang lain.

TEE TIAM HUAT, Pelabuhan Klang melalui Akhbar Utusan Malaysia, Selasa 4 Mac 2008
0010/03/08
Kerani kemasukan kaveat begitu tenang dan sabar dengan kerenah pelanggan yang banyak mengajukan soalan dan tidak berpuas hati dengan urusan kemasukan kaveat ke atas hakmilik tanah beliau. Kerani tersebut meluangkan masa menjelaskan dengan baik dan lembut tentang kaveat berdasarkan Kanun Tanah Negara sehingga pelanggan tersebut betul-betul memahami kedudukan sebenarnya. Pelanggan tersebut mengucapkan tahniah kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor kerana mempunyai salah seorang kakitangan yang prihatin dalam bidang tugas dan memberi perkhidmatan yang begitu baik kepada pelanggan. Pelanggan tersebut juga berharap kakitangan wanita tersebut akan menjadi contoh yang baik kepada semua kakitangan perkhidmatan awam yang lain.

CHEN SEONG WENG
0055/04/08
It is a good new that MB had annouced a RM11.40 saving of water bill for all Selangor users on March 16. However, as a resident stays in condo (water billing go to main metre), I really hope MB could also give soonest annoucement that this benefit will be enjoyed among users like us.

URUSETIA STARS
0043/10/08
Urusetia STARS ingin menasihatkan orang awam supaya mengemukakan maklumat lengkap semasa membuat aduan menggunakan Portal STARS. Aduan yang tidak lengkap akan menyukarkan tindakan susulan oleh Bahagian ini. Bagi aduan awam yang melibatkan permasalahan tanah, sila sertakan butiran Nama pemilik tanah, No. perserahan, No. hakmilik, No. PT, Mukim dan Daerah. Sila pastikan juga maklumat peribadi tuan/puan terutama nama, alamat surat menyurat dan no. telefon disertakan. Bahagian ini tidak akan melayan aduan yang dibuat menggunakan nama samaran serta butiran peribadi yang tidak lengkap.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Korporat
Pejabat SUK Negeri Selangor
Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

   - Tel: 03-55447172
   - Fax: 03-55447299 / 03-55135569
   - E-mel: aduan@selangor.gov.my

    www.selangor.gov.my
    www.mbselangor.net.my