Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Aduan BaruIndeks Kepuasan PelangganSemakan AduanTatacara Aduan SMSSTARS Login


Soalan Lazim

Apakah Portal STARS?
Portal STARS adalah portal rasmi Pengaduan Awam Negeri Selangor yang dikawalselia oleh Bahagian Korporat, SUK Selangor. Portal STARS menawarkan perkhidmatan pengurusan aduan atau maklumbalas secara dalam talian. Portal STARS disediakan bagi memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang permasalahan mereka secara online menerusi internet. Semua masalah yang diterima akan disampaikan juga secara online kepada organisasi pelaksana yang berkaitan.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan Portal STARS?
Untuk orang ramai tidak perlu.

Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan Portal STARS?
Penggunaan Portal STARS adalah PERCUMA kepada semua.

Perlukah saya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memasuki Portal STARS?
Anda tidak perlu mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk menggunakan Portal STARS.

Apakah kelebihan penggunaan Portal STARS?
Melalui penggunaan Portal STARS aduan orang ramai boleh disalurkan secara elektronik kepada organisasi yang terlibat menerusi satu portal sahaja.

Bagaimanakah cara-cara mendaftar aduan melalui Portal STARS?
Aduan boleh didaftar dengan mengisi borang online yang disediakan. Aduan berkenaan seterusnya akan dihantar secara elektronik kepada organisasi yang berkaitan.

Selain dari Portal STARS wujudkah kaedah lain yang boleh saya gunakan untuk melaporkan aduan?
Aduan boleh dimaklumkan menerusi pelbagai saluran STARS klik disini untuk maklumat lanjut.

Adakah butir-butir aduan dirahsiakan?
Ya. Semua butiran aduan akan dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai, hanya pihak Bahagian Korporat dan pelaksana di organisasi terlibat sahaja yang mengetahuinya.

Adakah Portal STARS menyediakan perkhidmatan 24 jam?
Ya. Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan Portal STARS tanpa batasan waktu dan sempadan.

Adakah sesuatu aduan itu akan diberikan nombor rujukan?
Ya. Semua aduan akan diberi nombor rujukan aduan yang unik.

Bagaimana caranya menyemak status aduan?
Orang ramai yang telah mendaftar aduan mereka menerusi Portal STARS boleh menyemak atau mengetahui kedudukan status perlaksanaan secara dalam talian dengan memasukkan nombor rujukan aduan bersama butiran sokongan kedua seperti no. Kad Pengenalan, nombor telefon atau alamat e-mel. Butiran sokongan kedua hendaklah didaftarkan semasa pendaftaran aduan asal.

Bolehkah status aduan itu dihantar melalui email?
Ya. Pengadu boleh mendapat kedudukan status perlaksanaan aduan mereka menerusi e-mel sekiranya butiran e-mel didaftar semasa pendaftaran aduan asal.

Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuat aduan selain daripada menerusi STARS?
Sekiranya perlu orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Aduan Awam (PPPA) disebarang organisasi yang terlibat dengan Portal STARS melalui telefon fax dan sebagainya, klik disini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara-cara untuk menjadi pengguna berdaftar Portal STARS?
Sebarang permohonan untuk menjadi Pengguna berdaftar Portal STARS hendaklah dimajukan terus kepada Pentadbir Portal STARS.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya lupa ID Pengguna dan Katalaluan saya?
Pengguna berdaftar boleh mendapatkan semula kata laluan dengan menghubungi terus Pentadbir Portal STARS.



BAHAGIAN KORPORAT

      Pejabat SUK Negeri Selangor,
      Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS
      40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

      Tel : 03-55447172
      Fax : 03-55447299 / 03-55135569
      E-mel : aduan@selangor.gov.my
      Website : www.selangor.gov.my