Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Aduan BaruIndeks Kepuasan PelangganSemakan AduanTatacara Aduan SMSSTARS Login


Perkhidmatan

Setiap organisasi yang sentiasa berurusan atau memberikan perkhidmatan kepada orang ramai akan menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. Maklumbalas ini biasanya di salurkan melalui secara bersemuka, telefon, SMS, e-mel dan media.

Oleh itu, keperluan mengadakan suatu aplikasi khusus bagi membolehkan pengurusan dan pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik amat penting. Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencermin perkhidmatan mesra pelanggan.



Bagi mempertingkatkan kualiti interaksi, Portal STARS diperkenalkan. Portal STARS ini juga adalah gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau maklumbalas kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Selangor.

Seterusnya aduan atau maklumbalas ini akan dikumpul dan disalurkan kepada organisasi yang melanggan melalui perkhidmatan Portal STARS. Pekhidmatan ini membolehkan orang awam menyampaikan aduan atau maklumbalas dengan mudah melalui portal yang khusus kepada organisasi yang terlibat. Portal ini seterusnya memudahkan orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu portal pengaduan sahaja.


 



BAHAGIAN KORPORAT

      Pejabat SUK Negeri Selangor,
      Tingkat Bawah, Bangunan SSAAS
      40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

      Tel : 03-55447172
      Fax : 03-55447299 / 03-55135569
      E-mel : aduan@selangor.gov.my
      Website : www.selangor.gov.my